Kanak-kanak Parah Dirempuh Motosikal Ketika Berbasikal Pulang Dari Sekolah

Kegembiraan seorang kanak-kanak yang berbasikal ketika pulang dari sekolah berakhir dengan tragedi apabila dia dilanggar sebuah motosikal sewaktu ingin melintas jalan, dekat sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.40 petang itu dipercayai berlaku apabila mangsa, Najwa Najira Marisha, 11, yang menunggang basikal dirempuh sebuah motosikal ketika hendak melintas jalan di jalan Gong Pasir-Alor Tempoyak.

Murid parah dirempuh motosikal

Akibat dilanggar motosikal yang datang dari arah Gong Pasir itu, Najwa yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Besar itu cedera parah pada bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Sehingga jam 2 petang semalam, Najwa yang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Dungun difahamkan tidak sedarkan diri.

Penunggang motosikal terbabit yang belum disahkan identitinya juga cedera.

Kes kemalangan itu masih disiasat polis.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close