Justin Bieber Mulut Lancang | Tegur Rambut Putera William Nipis

NAMPAKNYA, idola remaja popular, Justin Bieber semakin lancang dalam menyuarakan pandangannya tanpa mengira sensitiviti orang lain.

Baru-baru ini, pelantun lagu Boyfriend ini dengan selambanya menegur kenipisan rambut pewaris takhta Diraja Britain, Putera William.

Bieber kutuk Putera William

Malah, Bieber turut menyarankan agar William menggunakan sejenis produk yang boleh melebatkan rambut.

Kenyataan penyanyi dari Kanada itu membuatkan rakyat Britain tersinggung kerana dianggap menghina bakal raja mereka.

Beberapa majalah di sana turut menyelar Bieber dan melabelkannya sebagai ‘lalat’ pengacau yang perlu dihapuskan.

Facebook Comments
Close