Hyundai Sonata Sport Lebih Sporty

Hyundai Sonata Sport dengan penggayaan lebih sporty kini boleh ditempah menerusi pusat pameran Hyundai. Ditawarkan oleh Hyundai Sime-Darby Motors (HSDM) menerusi dua varian iaitu 2.0L Auto Sport dan 2.4L Auto Sport, kedua-duanya dijual pada harga RM151,388 dan RM169,888.

Sonata Sport baharu didatangkan dengan kit badan yang bergaya dan sistem ekzos yang dipertingkatkan. Bagi Sonata Sport 2.4L Auto Sport, ia juga dilengkapi dengan paddle shifter yang menjadikan penukaran gear lebih mudah di belakang stereng (juga tersedia pada varian 2.4L Sonata Executive)

Hyundai Sonata Sport

Selain itu, empat lagi varian Sonata untuk pilihan pelanggan ialah 2.0L Elegance, 2.0L Executive, 2.0L Executive Plus, dan 2.4L Executive.

Ciri standard lain pada Sonata antaranya lampu auto, suis penghidup enjin ‘start/stop’ yang didatangkan dengan kunci pintar, dan ciri ASD (Amplitude Selective Damper) yang memberikan kelancaran ketika pemanduan bersama-sama ciri pengendalian cemerlang.

Malah, Sonata turut dilengkapi dengan program kestabilan elektronik (ESP) yang didatangkan bersama ciri bantuan kawalan penghidup bukit (HAC) di mana ESP merupakan ciri yang membantu pemandu mengawal kenderaan berdasarkan maklum balas daripada sensor roda dan stereng.

HAC pula merupakan ciri yang membantu dalam memberi kawalan yang lebih baik apabila kenderaan berada pada kedudukan cerun dengan mengelakkan berlakunya gelinciran (ESP dan HAC terdapat pada semua varian kecuali 2.0L Elegance).

Serentak dengan pengenalan varian baharu, HSDM turut menawarkan kadar faedah rendah pada kadar 1.88 peratus sehingga 30 September 2012 untuk semua varian Hyundai Sonata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close