Himpunan Janji demokrasi | Gambar-gambar Sekitar Dataran Merdeka

Seperti yang telah diketahui, polis hari ini menegaskan, perhimpunan Gabungan Janji Demokrasi yang hendak diadakan di Dataran Merdeka malam ini, menjelang sambutan Hari Kemerdekaan esok, bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad berkata, ia melanggar akta itu kerana gagal memberi pemberitahuan, tidak memperoleh persetujuan daripada pemunya Dataran Merdeka iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut Hari Kemerdekaan esok.

Amaran polis: Himpunan Janji Demokrasi malam ini langgar akta

Zainuddin memaklumkan pendirian polis itu menerusi satu surat bertarikh hari ini, yang dialamatkan kepda Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji Demokrasi, Maria Chin Abdullah.

“Saya ingin memaklumkan bahawa perhimpunan Gabungan Janji Demokrasi yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos (hari ini) antara jam 10 malam dan 12 tengah malam, adalah satu perhimpunan yang bertentangan dengan undang-undang (Akta Perhimpunan Aman),” katanya.

Bagaimanapun surat itu tidak menyebut tindakan bakal diambil pihak polis jika penganjur meneruskan rancangan mereka.

Perhimpunan itu dijadual untuk diadakan dari 10 malam hingga 12 tengah malam.

berikut adalah beberapa gambar yang diambil dari laman sosial twitter-

janji demokrasi

janji demokrasi

janji demokrasi

janji demokrasi

janji demokrasi

janji demokrasi

janji demokrasi

LAGI GAMBAR-GAMBAR TERKINI AKAN MENYUSUL

Facebook Comments
Close