Gara-gara Menyamar Sebagai Bigfoot | Lelaki Mati Dilanggar Kereta

KALISPELL – Gara-gara mahu menakut-nakutkan penduduk setempat dengan kelibat Bigfoot di utara barat Montana, seorang lelaki menemui ajal selepas dilanggar dua buah kereta, Ahad lalu.

Peronda lebuh raya Montana memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Randy Lee Tenley, 44, turut mengenakan baju Ghillie yang dipakai tentera semasa berperang untuk melakukan penyamaran itu.

Lelaki menyamar Bigfoot mati dilanggar

“Mangsa dirempuh kereta di laluan kanan lebuh raya selatan Kalispell lalu tercampak ke tengah jalan sebelum digilis sebuah lagi kereta,” kata anggota polis, Jim Schneider.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close