Disebalik Foto Bogel Putera Harry | Ada Kisah Lebih Panas?

LAS VEGAS: Putera Harry mungkin menyangka kes di Vegas sudah dilupakan ketika dia cuba menjarakkan dirinya setibanya di Britain.

Namun, satu sumber mendakwa foto bogel “strip billiard” putera itu tiada apa dibandingkan dengan keseluruhan kisah di sebaliknya.

Kisah lebih serius di sebalik foto bogel Harry

Satu kenyataan sumber tidak dikenali yang digunakan oleh penulis blog selebriti Norm Clark di laman gosipnya, berkata: “Sesuatu yang lebih besar terbabit sama; sesuatu yang lebih serius daripada strip billiard.” Dakwaan itu adalah yang terbaru dalam pendedahan yang mencemari imej pewaris ketiga takhta diraja Inggeris terbabit.

Pihak istana tidak memberikan sebarang komen mengenai dakwaan terbaru itu.

Selepas foto bogelnya muncul minggu lalu dari parti peribadi di sebuah bilik hotel di Las Vegas, Harry menutup akaun Facebooknya, yang digunakan dengan nama samaran Spike Wells. – Agensi

Facebook Comments
Close