Dibelasah Suami Teman Wanita Gara-gara Hubungan Terlarang

Padah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang, seorang lelaki nyaris maut selepas dibelasah suami teman wanitanya bersama lapan rakan dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Bukit Puchong, di sini.

Lelaki berusia 33 tahun dan mempunyai empat anak itu bagaimanapun melepaskan diri dengan berlari meredah ladang kelapa sawit lebih 40 minit sebelum mendapatkan bantuan untuk menghubungi polis.

Nyaris maut dek cinta terlarang

Gambar Hiasan

Menurut sumber, dalam kejadian jam 3 pagi, 5 Ogos lalu, mangsa tidur di rumahnya di Bukit Puchong ketika menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki dikenali mengarahkannya keluar kerana dia menunggu di luar pagar rumah teresnya.

Katanya, sebaik saja mangsa membuka pintu pagar, lelaki itu dan rakan-rakannya membelasah mangsa sebelum diangkat masuk dalam kereta.

“Dalam keadaan separuh sedar, mangsa dibawa ke beberapa tempat sebelum tiba di satu kawasan tapak pembinaan yang dikelilingi kelapa sawit jam 12.30 tengah hari dan ditinggalkan dalam kereta bersama seorang daripada lelaki terbabit untuk menjaganya.

“Mangsa melarikan diri ketika lelaki yang menjaganya leka bercakap dengan rakan lain,” katanya.

Sumber berkata, mangsa berlari tanpa henti selama 40 minit sebelum menemui jalan raya dan menahan kenderaan yang melalui jalan berkenaan untuk mendapatkan bantuan.

Menurutnya, sebuah kereta peronda polis kemudian tiba untuk membawa mangsa ke Balai Polis Salak Tinggi, sebelum dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk mendapatkan rawatan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close