Cuaca Diramal Baik Pada Hari Raya | Ogos 2012

Cuaca diramal baik di kebanyakan negeri sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut Ahad ini, menurut Jabatan Meteorologi Jumaat.

Jurucakap jabatan itu berkata berdasarkan analisis yang dilakukan, jabatan itu merumuskan tidak ada tanda menunjukkan berlaku hujan lebat di kebanyakan tempat sepanjang Aidilfitri.

Cuaca Diramal Baik Di Kebanyakan Negeri Sepanjang Aidilfitri

“Cuaca dijangka baik di kebanyakan negeri pada sebelah pagi, petang dan malam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, katanya hujan di satu dua tempat di sebelah petang mungkin berlaku di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

“Ribut petir di satu dua tempat juga dijangka berlaku pada sebelah petang di bahagian barat Sarawak seperti Kuching dan Samarahan serta semua bahagian di Sabah,” katanya. – BERNAMA

Facebook Comments
Close