Berita Samsung Bayar Apple 1 Billion USD Dengan Duit 5 Sen Hanya Gurauan?

Amboi-amboi, bukan main panjang lagi tajuk tu
Semalam memang agak heboh dengan berita sambungan DRAMA APPLE vs SAMSUNG yang mana satu berita melaporkan Samsung membayar balik saman 1 Billion USD kepada Apple dengan duit syiling 5 sen. Entahlah, perasaan ni bercampur baur, nak gelak ada nak kesian pun ada. Gelak sebab berita tu nampak sangat orang nak buat lawaknya dan kesian sebab berita palsu macam tu cepat benar tersebarnya. Nampak sangat orang kita ni dah semakin hilang sikap ‘common sense’ nya.
jom baca berita asal

This morning more than 30 trucks filled with 5-cent coins arrived at Apple’s headquarters in California. Initially, the security company that protects the facility said the trucks were in the wrong place, but minutes later, Tim Cook (Apple CEO) received a call from Samsung CEO explaining that they will pay $1 billion dollars for the fine recently ruled against the South Korean company in this way.

The funny part is that the signed document does not specify a single payment method, so Samsung is entitled to send the creators of the iPhone their billion dollars in the way they deem best.

This dirty but genius geek troll play is a new headache to Apple executives as they will need to put in long hours counting all that money, to check if it is all there and to try to deposit it crossing fingers to hope a bank will accept all the coins.

Lee Kun-hee, Chairman of Samsung Electronics, told the media that his company is not going to be intimidated by a group of “geeks with style” and that if they want to play dirty, they also know how to do it.

You can use your coins to buy refreshments at the little machine for life or melt the coins to make computers, that’s not my problem, I already paid them and fulfilled the law.
A total of 20 billion coins, delivery hope to finish this week.
Let’s see how Apple will respond to this.

Kat sini jom kita fikir sejenak, sebelum nak percaya sesuatu berita semoga lain kali kita tak ditipu disiang hari lagi 🙂
Gambar yang glamer semalam
1) Bayar saman cepat sangat
Kalau korang perasan, saman yang dikenakan kepada Samsung tu terlalu cepat dibayar. 3 hari lepas baru perintah mahkaman dikemukakan dan semalam dah bayar dah. Lagipun Samsung kan kata nak buat rayuan. Aiyo, logik lah sikit, nak bayar 1 Billion kot, korang bayar saman kereta pun yang jumlah bawah RM 1000 pun amek masa beberapa bulan ni saman 1 Billion kot. Mana logiknya pun aku tak tahu.
2) Bank mana nak keluarkan 20 Billion syiling
Cuba korang fikir, ada ke bank kat dunia sekarang yang mampu sediakan duit syiling sejumlah 20 billion tu? Kalau kat maybank KB ni aku pergi nak tukar duit syiling 50 sen pun tak sampai 1000 pun dieorang ada, ni 20 Billion syiling 5 sen, mak oi entah mana logiknya aku pun tak tahu. Boleh pulak korang percayakan? haha
3) 30 truck nak angkut?
1 syiling berat dia 3gram (lebih kurang). klu 20 Billion syiling berat dia cecah 60 juta KG. satu truck paling berat boleh tampung 40 ribu KG. tu pun truck yg 18 roda tu tau. Jadi nak punggah duit banyak tu memang korang bahagi sendirilah – yang pasti 30 truck tak cukup. Paling busuk pun kena 1000 lebih buah lori. Bayangkan 1000 buah lori kat depan office Apple. Jam oooi. haha. Simple math je tu 🙂
Adakah diri ini senang ditipu?
Banyak sebenarnya berita HOAX atau troll-troll macam ni. Jangan kita terlalu senang ditipu sudah. Oraite, sebelum nak share tu, renung-renunglah sejenak supaya kita ni tergolong dari golongan yang mampu berfikir dengan waras 🙂
Facebook Comments

Comments are closed.

Close