Tiga Beranak Parah | Kereta Bertembung Lori Pasir

Tiga beranak parah apabila kereta Proton Iswara dinaiki mereka berpusing 45 darjah selepas bertembung dengan sebuah lori membawa muatan pasir di Jalan Mantau-Sendayan, pagi semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, semua mangsa yang identitinya masih belum dapat dikenal pasti melibatkan dua wanita yang salah seorangnya berusia 21 tahun dan seorang bayi lelaki berusia setahun 6 bulan, dalam perjalanan dari arah Sendayan ke Seremban 2.

Tiga beranak parah kereta bertembung lori pasir

Manakala lori terbabit yang berada di laluan bertentangan dipercayai dalam perjalanan menghantar muatan pasir di Sendayan untuk projek perumahan di kawasan berkenaan.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal kereta dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan apabila gagal memotong lori terbabit lalu melanggar bahagian kiri depan kenderaan itu.

“Lori terbabit yang berada di laluan bertentangan cuba mengelak ke kanan jalan daripada bertembung dengan kereta mangsa.

“Namun pemandu kereta berkenaan gagal mengawal kenderaannya dan melanggar bahagian kiri depan lori menyebabkan ia berpusing 45 darjah,” katanya.

Menurutnya, akibat pelanggaran tersebut, semua mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk mendapatkan awatan selanjutnya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close