Terkejut Tanggung Hutang Yang Tinggi Selepas Kad Kredit Hilang

Seorang pengguna kad kredit terpaksa menanggung kerugian RM4,122.80 setelah digunakan orang lain tanpa pengetahuannya. Wong Joo Haur, 43, mengesyaki kejadian itu selepas mendapat penyata pembayaran yang dikeluarkan bank.

Beliau berkata kad kreditnya itu hilang selepas sekali menggunakannya di sebuah pasar raya untuk membeli barangan dapur bernilai RM200.

Tanggung hutang kerana kad kredit hilang

“Tetapi terkejut selepas menerima penyata bulan April yang menunjukkan penggunaannya melebihi RM4,000.

“Saya kemudian membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan kad kredit itu dan tidak mahu bertanggungjawab atas urusan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, beliau memaklumkan perkara itu kepada bank dan menyarankannya berbincang dengan Bank Negara,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan MCA Pulau Pinang, Lim Thoon Deong berkata, bank terbabit wajar bertanggungjawab dengan masalah yang berlaku terhadap pelanggan kerana ia jelas menunjukkan transaksi bukan dilakukan oleh pemilik kad kredit.

“Bank perlu memperkemaskan perkhidmatan tertentu kerana ia penting jika rosak atau hilang. Mereka dapat mengesan secara automatik dan membatalkan transaksi yang mencurigakan,” katanya.

Facebook Comments
Close