Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Laksanakan Catuan Air Minggu Depan

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bercadang melaksanakan catuan air di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang berikutan krisis air yang semakin serius di Lembah Klang.

Justeru itu, Syabas akan mengemukakan pelan tindakan proaktif yang antara lain cadangan catuan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada minggu depan.

Catu Air Di KL, Hulu Langat, Klang - Syabas

Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan berkata tindakan proaktif perlu diambil bagi menyelesaikan krisis air yang melanda tiga kawasan berkenaan berdasarkan aduan pengguna.

“Jika diluluskan SPAN, Syabas akan mencatu air di kawasan berkenaan. Kita akan memaklumkan kepada penduduk sebelum melakukan catuan itu,” katanya pada sidang media di kawasan perumahan Taman Sungai Besi Indah, di sini, Sabtu.

Menurutnya sebanyak 125,075 akaun kilang, rumah dan kedai di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang sering menghadapi gangguan bekalan air.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close