Suami Syaleza Jaffar Ditahan Polis | Bantu Siasatan

Suami kepada eksekutif TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Damansara Damai, di sini, Sabtu lalu ditahan malam kelmarin bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.15 malam kelmarin di Segamat, Johor selepas selesai majlis pengebumian isterinya. Harian Metro semalam melaporkan mayat eksekutif TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui suaminya di rumah mereka sebelum dia menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan.

Suami ditahan bantu siasatan

Tun Hisan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan rapi berhubung kejadian itu berikutan terdapatnya keraguan dalam beberapa maklumat yang dilaporkan. “Berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa meninggal dunia akibat sukar bernafas selain terdapat kesan jerutan pada leher,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close