Serangan Pirana | Lelaki Di China Alami Luka Serius Pada Tangan

HONG KONG – Seorang lelaki mengalami kesan luka serius pada tangannya selepas diserang seekor ikan pirana semasa dia sedang memandikan anjingnya di tepi sungai, menurut laporan, semalam.

Zhang Kaibo, 31, sempat menangkap ikan itu dan membawanya pulang ke rumah tanpa menyedari ia adalah spesies akuatik pemakan daging yang lazimnya terdapat di sungai Amerika Selatan.

ikan piranha

Gambar hiasan

Pihak berkuasa mengesyaki kewujudan ikan pirana tersebut mungkin akibat kegiatan penyeludupan spesies eksotik yang diharamkan untuk dijadikan haiwan peliharaan di negara itu.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close