Sekeluarga Ditahan | Memiliki 16 Telefon bimbit Dan Lain-lain Barangan Curi

Empat sekeluarga didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin atas tuduhan memiliki 16 telefon bimbit, seunit pemain MP3, seunit pemain cakera padat digital (DVD) yang bukan kepunyaan mereka di sebuah rumah di Kampung Kubang Siput Limbat, 29 Jun lalu.

Tertuduh berkenaan ialah termasuk sepasang suami isteri, Muhammad Zaidi Mustapha, 29, dan Nurul Farhana Norddin, 22, serta adik Farhana, Nurul Amirah Norddin, 20, dan Mohd Rosdan Rodsi, 24, yang merupakan anak angkat bapa Farhana dan Amirah.

2 wanita curi telefon bimbit

Ketika prosiding di hadapan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik, Muhammad Zaidi dan Mohd Rosdan sahaja yang mengaku bersalah sementara Nurul Farhana yang mengandung tiga bulan dan Nurul Amirah mohon untuk dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memiliki 16 buah telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah pemain MP3 dan sebuah pemain cakera video digital (DVD) yang mana mereka berempat tidak dapat memberikan keterangan yang memuaskan bagaimana barangan itu berada dalam milikan mereka.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hafiz Abd. Rahman yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh-tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 namun mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM600 setiap seorang setelah kesemua tertuduh membuat rayuan.

Mahkamah menetapkan 4 September ini untuk sebutan kes dan jatuh hukum terhadap Muhammad Zaidi dan Mohd Rosdan yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close