Remaja Kantoi Curi Duit Tabung Masjid

Demi mendapatkan wang cara mudah, seorang remaja sanggup menceroboh tempat ibadat biarpun pada Ramadan sebelum melarikan sejumlah wang hasil derma orang ramai dalam tabung masjid, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu disedari dua remaja 20-an yang secara kebetulan melalui kawasan Masjid Batu Tujuh selepas melihat kelibat dua lelaki bermotosikal dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan masjid.

Remaja kantoi curi wang dalam tabung masjid

Hasil intipan, seorang daripada penunggang motosikal berkenaan dikatakan masuk ke kawasan masjid lalu cuba mengambil wang kertas dalam tabung dengan mengail menggunakan dawai berserta gula-gula getah.

Selepas berjaya mendapat habuan, suspek keluar dari masjid berkenaan sebelum terserempak dengan remaja yang mengintip kerja jahatnya itu lalu berlaku adegan kejar mengejar sebelum suspek berjaya ditahan.

Suspek, berumur 21 dari Perumahan Kos Rendah Pulau Serai itu bagaimanapun berjaya dicekup lalu mereka menemui semula wang RM20 dipercayai dicuri daripada tabung masjid itu sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan tersebut.

Sementara itu, hasil ujian saringan air kencing mendapati remaja terbabit yang kini sedang disiasat polis turut positif dadah jenis methampethamine.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close