Polis Sahkan Uncle Seekers Positif Dadah Ketika Ditahan

Polis mengesahkan pengendali laman blog uncleseekers.blogspot, Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein, 46, positif dadah jenis morfin berdasarkan ujian saringan air kencing dijalankan terhadapnya, semalam.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya memaklumkan, ujian saringan air kencing itu dijalankan pada jam 1.25 tengah hari.

Uncle seekers positif dadah

“Ujian air kencing dibuat terhadap suspek yang ditangkap iaitu Syed Abdullah Syed Hussein (Uncle Seekers) di IPD Nusajaya.

“Hasil ujian terbabit didapati positif morfin. Laporan sudah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya mengikut Seksyen 15 (1(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Kelmarin, Syed Abdullah yang juga pengamal paranormal ditahan sebelum direman bagi membantu siasatan kes berkaitan kenyataannya yang didakwa memfitnah dan memburukkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Syed Abdullah yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan pada jam 9.45 malam bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close