Pelakon Bollywood Rajesh Khanna Meninggal Dunia

NEW DELHI – Rajesh Khanna, pelakon popular yang terkenal dengan gelaran “superstar nombor satu” Bollywood meninggal dunia hari ini. Mendiang berusia 69 tahun.

Rajesh meninggal dunia di rumahnya di Mumbai hari ini, lapor agensi berita Press Trust of India.

'Superstar' Bollywood Rajesh Khanna meninggal dunia

Beliau telah keluar dari hospital di Mumbai kelmarin.

Laporan media bulan lalu menyebut Rajesh, yang turut dikenali dengan nama “Kaka”, dimasukkan ke hospital selepas mengadu kurang sihat.

Ekoran itu, Rajesh berada di rumah dengan dijaga oleh isterinya yang tidak tinggal bersama, Dimple Kapadia. Dimple juga aktres.

Aktor veteran itu telah berlakon lebih 160 filem, antaranya Kati Patang, Aaradhana, Anand dan Amar Prem.

Peminat-peminatnya sudah mula berkumpul di luar rumahnya di pinggir Aashirwad, Carter Road, Bandra sebaik sahaja berita mengenai kematiannya diketahui.

“Mendiang telah pergi ke tempat yang terbaik dan yang tenang. Kami gembira beliau telah kembali ke tempat itu,” kata menantunya, Akshay Kumar yang juga seorang pelakon.

Facebook Comments
Close