Pelajar USM Ditahan | Syaki Terlibat Pemalsuan Sijil Akademik

Akibat ingin bermewah, tiga penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil jalan mudah dengan terlibat dalam sindiket pemalsuan sijil akademik – diploma hingga ijazah sarjana pusat pengajian tinggi itu.

Jurucakap polis berkata, ketiga-tiga pelajar terbabit dicekup oleh sepasukan polis di sebuah rumah di Kampar, Perak malam tadi.

3 pelajar USM ditahan disyaki palsukan sijil akademik

“Mereka bertiga ditahan untuk membantu siasatan berhubung sindiket pemalsuan sijil akademik universiti berkenaan.

“Tangkapan itu melibatkan dua pelajar wanita berusia 24 dan 25 tahun serta seorang pelajar lelaki yang berusia 26 tahun. Mereka ditahan dalam satu operasi khas melibatkan sepasukan polis yang ditubuhkan untuk menyiasat kes berkenaan,” kata beliau, hari ini.

Menurutnya, pasukan khas itu ditubuhkan berikutan laporan USM awal bulan lalu dan maklumat awam.

“Mereka disyaki menjual sijil palsu kepada pihak ketiga dengan harga tertentu,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa peralatan komputer dipercayai digunakan bagi menghasilkan sijl palsu.

“Siasatan awal mendapati antara sijil yang dikeluarkan mereka adalah diploma, ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda,” katanya.

Ketiga-tiga pelajar terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di sini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya,ketiga-tiga pelajar itu kini direman untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close