Manchester United Kekal Kelab Terkaya Dunia Untuk Tahun Ketujuh

MANCHESTER United kekal sebagai kelab terkaya di dunia buat tahun ketujuh berturut-turut berdasarkan undian pemantauan dilakukan oleh majalah Forbes, semalam.

Menurut kenyataan Forbes, nilai setiap pasukan ini berdasarkan nilai keuntungan pasaran, persetujuan penyiaran dan debit daripada perjanjian baru atau tunggakan dengan pihak stadium.

MU kekal kelab terkaya didunia

Di samping turut dinilai berdasarkan perlawanan Liga Juara-Juara (CL) musim lalu.

Juara 19 kali Liga Perdana Inggeris, MU dianggarkan memiliki wang berjumlah £1.42 bilion (RM7 bilion) pada tahun lalu, kini meningkat menjadi £1.86 bilion (RM9 bilion), sekali gus berjaya mengatasi Real yang memiliki £1.2 bilion (RM5 bilion) yang menduduki tangga kedua.

Arsenal pula jatuh tiga anak tangga dengan menghuni tangga ke-10 dalam carta 50 pasukan sukan paling bernilai.

Antara 10 kedudukan kelab terkaya dunia:

1. Manchester United ( £1.86)

2. Real Madrid (£1.2)

3. Barcelona (£816)

4. Arsenal (£807)

5. Bayern Munich (£770)

6. AC Milan (£’615)

7. Chelsea (£473)

8. Liverpool (£385)

9. Juventus (£367)

10. Schalke (£365)

Facebook Comments
Close