Mak Michael Jackson Dilaporkan Hilang

LOS ANGELES: Seorang anggota keluarga Katherine Jackson berkata, ibu mendiang bintang pop, Michael Jackson itu hilang selepas cucunya gagal menghubunginya sejak seminggu lalu.

Stesen televisyen CNN melaporkan awal semalam, anak saudara Jackson, Trent, membuat laporan mengenai kehilangan Katherine di Pejabat Syerif Los Angeles County.

Ibu Michael Jackson dilapor hilang

Bagaimanapun, seorang abang Michael Jackson serta-merta menafikan dakwaan itu dengan berkata, Katerine sihat dan kini berehat di Arizona.

“Saya ingin memaklumkan kepada semua orang bahawa ibu saya sihat dan berehat di Arizona atas nasihat doktor, bukan kami,” kata Jermaine menerusi Twitter.

Keluarga itu terbabit dalam pertelingkahan mengenai hal ehwal kewangan dan perundangan Katherine, lapor CNN. – AFP

Facebook Comments
Close