Lelaki Dicari Bantu Kes Cubaan Bunuh Guru

Polis mencari seorang lelaki bagi membantu siasatan cubaan membunuh seorang guru di sebuah sekolah di sini, dengan meletakkan barang yang disyaki bahan letupan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, pada 3 Julai lalu kira-kira 9.40 malam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah menerima panggilan daripada orang awam yang mengesyaki ada bahan letupan diletakkan di sebuah kereta jenis Proton Saga berhampiran sebuah sekolah.

cubaan bunuh guru

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterima, pihaknya menghubungi Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak dan setiba di tempat kejadian, objek yang disyaki telah dikeluarkan dari kereta itu oleh pengawal keselamatan sekolah.

“Hasil pemeriksaan Unit Pemusnah Bom IPK Perak mendapati objek berkenaan dikesan sebagai mercun yang boleh mendatangkan bahaya kebakaran dan dibawa ke IPK Perak untuk dimusnahkan.

“Siasatan terhadap mangsa yang merupakan seorang guru perempuan di sekolah berkenaan, mendapati dia terlihat ada satu objek disyaki bahan letupan diletakkan di bawah kenderaannya berhampiran tangki minyak dan ekzos,” katanya.

Katanya, guru itu memberitahu, kejadian seperti itu adalah kali kedua kepadanya, di mana kejadian pertama berlaku pada hari raya keempat tahun lalu di Port Dickson apabila objek yang lebih kurang sama diletakkan berhampiran ekzos keretanya Jelasnya, mangsa mengesyaki perkara tersebut dilakukan bekas suaminya kerana sebelum ini, dia pernah menerima ugutan menerusi panggilan telefon oleh lelaki itu.

“Polis sedang mencari lelaki berkenaan iaitu Mohd Rozi Said, 51, berasal dari Alor Setar, Kedah bagi membantu siasatan. “Orang ramai yang mempunyai informasi berkaitan kejadian dan lainlain maklumat boleh menghubungi IPD Tapah di talian 05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728 atau ke balai polis berdekatan,” katanya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close