Lelaki Bunuh Diri Disaksikan Rakan-rakan FB

BANGKOK: Seorang lelaki Sepanyol yang bekerja di Thailand, membunuh diri dan memaparkan kejadian itu di satu laman web sosial popular, semalam.

Pegawai Penyiasat Balai Polis Huay Kwang, Leftenan Kolonel, Apichan Swasdibutra berkata, Juan Andres Medin Peneiro, 37, mencampur sejenis racun ke dalam bir kemudian meminumnya di depan rakan di laman web itu.

Lelaki Sepanyol papar kejadian bunuh diri di FB

Pineiro, adalah pekerja teknologi maklumat untuk syarikat telefon selular di Bangkok, Dia ditemui mati di biliknya di tingkat 11, sambil duduk di hadapan komputer riba, gelas dan sebotol bir.

Swasdibutra berkata, lelaki Sepanyol itu menulis mesej di laman Facebooknya, dia mahu mati dan meminta maaf kepada rakan sekerjanya kerana tidak dapat bekerja dengan mereka lagi.

– BP

Facebook Comments

Comments are closed.

Close