Kubur Yasser Arafat Akan Digali Semula

RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, kelmarin menyatakan bersedia untuk menggali semula kubur Yasser Arafat, susulan pendedahan laporan makmal di Switzerland yang mendakwa punca Allahyarham meninggal dunia disebabkan racun polonium-210.

Tindakan itu bagi membolehkan pakar mengambil sampel untuk penyelidikan lebih terperinci, sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kematian misterinya.

yasser arafat

Lapan tahun lalu, balu Allahyarham menolak bedah siasat dijalankan ke atas suaminya, tetapi beliau mengubah fikiran selepas laporan tersebut mendedahkan suaminya mungkin telah diracun.

Allahyarham dilaporkan jatuh sakit secara tiba-tiba sebelum menghembuskan nafas terakhir semasa berumur 75 tahun pada 11 November 2004.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close