Justin Bieber Disaman RM30 Juta Kerana Penyebab Peminat Pekak

LOS ANGELES: Bintang remaja, Justin Bieber disaman hampir AS$10 juta (RM30 juta) selepas seorang ibu mendakwa mengalami masalah kekal pada pendengaran akibat daripada jeritan peminat penyanyi itu pada satu konsert.

Stacey Wilson Betts membawa anaknya ke konsert Bieber dan mendakwa jeritan kuat peminat Bieber atau Beliebers menyebabkan pendengarannya rosak.

Bieber punca wanita pekak

“Jeritan peminat penyanyi itu mengatasi tahap kekuatan bunyi dan menyebabkan wanita itu hilang pendengaran dan bunyi berdengung pada kedua-dua telinga,” menurut laman web hiburan, TMZ.

Kejadian dikatakan berlaku di konsert Bieber di Portland, Oregon, Amerika Syarikat dua tahun lalu.

Ketika berada di atas pentas yang berbentuk hati, dia mengajak penonton supaya menjerit lebih kuat, kata wanita itu.

Stacey menyaman penyanyi itu sebanyak AS$9.23million (RM28 juta). – DM

Facebook Comments

Comments are closed.

Close