Ibu Khalwat Dengan Warga Asing Kantoi Dengan Anak Sendiri

Tindakan seorang ibu membawa masuk seorang kekasih warga asing ke dalam rumahnya dekat Felda Bukit Tongkat di sini membawa padah selepas dia ‘kantoi’ dengan anaknya sendiri.

Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, ibu tunggal kepada lima anak itu ditangkap oleh anak bongsunya berusia 20-an bersama jiram yang lain ketika sedang berdua-duanya dengan lelaki berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam Sabtu lalu.

Khalwat: Kantoi dengan anak sendiri

“Wanita berusia 50-an itu ditangkap oleh anaknya sendiri yang mana pada waktu itu anak wanita tersebut ditemani oleh jirannya. “Dipercayai lelaki warga asing itu berusia 20-an dan bekerja sebagai pekerja ladang di Felda Bukit Tongkat manakala, wanita tersebut bekerja sebagai pembantu pejabat di felda yang sama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Khalil berkata, wanita berkenaan baru sahaja kematian suami kira-kira tujuh bulan lalu dan tinggal di Felda berkenaan bersama-sama anak bongsunya.

Difahamkan sewaktu kejadian berlaku, wanita tersebut telah mengambil lelaki berkenaan di perhentian bas berdekatan Felda untuk di bawa datang ke rumah yang mana, pada masa itu merupakan kali pertama wanita tersebut membawanya ke rumah.

“Bagaimanapun, perbuatan itu berjaya dikesan anaknya sendiri yang kemudian bertindak menghubungi penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang untuk tindakan lanjut.

“Bagi kes ini, kertas siasatan telah dibuka dan akan dirujuk kepada Pendakwa Syarie terlebih dahulu sebelum dituduh ke mahkamah Syariah.

Kes tersebut di siasat di bawah kesalahan khalwat Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor. “Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Facebook Comments
Close