Gara-gara Lambang Nazi | Madonna Bakal Disaman

PARIS – Parti berhaluan kanan, Parti Front Nasional bercadang menyaman penyanyi Madonna berhubung video konsert di Perancis yang menunjukkan gambar ketua parti itu, Marine Le Pen dengan lambang swastika di dahinya.

Timbalan Presiden parti itu, Florian Phillipot berkata, mereka tidak boleh terima perbandingan kebencian seperti itu dan tindakan undang-undang terhadap penyanyi tersebut akan dibuat minggu ini.

Madonna disaman gara-gara swastika

“Ini hanya provokasi untuk konsert jelajah dunia Madonna, supaya orang bercerita mengenainya,” katanya.

Dia mendakwa, penonton di stadium itu ‘tidak penuh’ untuk menyaksikan persembahannya dan konsert jelajah itu dianggap gagal.

“Marine Le Pen mempertahankan bukan saja kehormatannya tetapi juga berjuta-juta pengundi parti Nasional,” katanya.

Video yang menjadi latar persembahan lagunya, Nobody Knows Me itu, memaparkan gambar Le Pen dengan lambang swastika di dahinya, diikuti dengan gambar yang menyerupai pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

Kejadian itu menyebabkan penonton turut terkejut ketika menonton konsertnya di Stade de France, di luar Paris, Sabtu lalu.

Video yang sama pernah ditayangkan di Tel Aviv, pada bulan yang sama ketika Madonna memulakan konsert jelajah dunianya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close