Gara-gara Curi Rantai Ibu | Buruh Dijel 5 Bulan

Seorang buruh menerima balasan atas tindakannya mencuri rantai milik ibunya sendiri apabila dia dijatuhi hukuman lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman terhadap Wan Mohd Faiz Wan Fauzi, 25, dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Curi rantai ibu, dijel lima bulan

Majistret Muhamad Safuan Azhar memutuskan hukuman tersebut selepas tertuduh mengaku salah mencuri rantai leher bernilai RM15,000 itu di rumah mereka di Taman Kemahiran Panji di sini, antara 7 dan 8 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam.

Terdahulu, peguam bela, Wan Abdul Razak memohon hukuman tertuduh diringankan berikutan tertuduh menginsafi kesalahannya.

“Saya mohon hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 7 Julai lalu dan tertuduh berjanji tidak akan mengulanginya pada masa depan,” katanya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close