Dipaksa Mabuk Oleh jiran Sebelum Rogol

Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dipaksa meneguk minuman keras sehingga mabuk sebelum dirogol jirannya, seorang pelajar tingkatan empat, di sini, awal bulan lalu.

Sebelum kejadian antara jam 12.30 tengah hari hingga 10 malam itu, mangsa yang berjiran dengan suspek berusia 16 tahun di Flet Seri Sena, di sini, dibawa bersiar-siar ke satu lokasi rahsia pada petang 4 Julai lalu, sebelum gadis terbabit yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah, di sini, dirogol.

Jiran paksa teguk arak sebelum noda

Selepas dipaksa, mangsa yang ketakutan terpaksa akur dengan arahan suspek kerana diugut untuk dicederakan, sebelum dirogol remaja lelaki itu ketika berada dalam keadaan khayal.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi, mengesahkan kes itu, termasuk laporan polis dibuat keluarga mangsa berhubung kejadian berkenaan.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • terpaksa dirogol (30)
  • gadis mabuk dirogol (24)
  • rogol isteri jiran (22)
  • rogol isteri kawan (11)
Close