Bola Sepak Olimpik | Jepun Tewaskan Spain 1 – 0

LONDON: Pasukan bolasepak Jepun mencatat sejarah dalam temasya Olimpik apabila mereka menewaskan Sepanyol 1-0 dalam perlawanan pembukaan acara bolasepak yang baru sahaja selesai pada petang Khamis.

Keputusan ini juga merupakan kemenangan pertama Jepun ke atas Sepanyol pada mana-mana peringkat kejohanan bolasepak antarabangsa.

Olimpik-Bolasepak: Jepun Catat Sejarah Kalahkan Sepanyol 1-0

Secara keseluruhannya permainan pasukan Jepun lebih tersusun dan dari sudut taktikal jauh lebih superior berbanding Sepanyol.

Jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol Sepanyol yang juga penjaga gol Manchester United, David de Gea, Jepun patut menang dengan kelebihan lima atau enam jaringan.

Gol kemenangan Jepun diperolehi pada minit ke-33 menerusi tendangan jarak jauh Yuki Otsu.

SEPANYOL: David De Gea, Dominguez, J Martinez, I Martinez, Alba, Adrian, Rodrgio, Mata, Koko, Montoya, Isco

SIMPANAN: Azpilicueta, Muniain, Botia, Romeu, Tello, Herrera, Marino

JEPUN: Gonda, Tokunaga, Ohgihara, Sakai, Yoshida, Otsu, Higashi, Nagai, Suzuki, Yamaguchi, Kiyotake

SIMPANAN: Muramatsu, Yamamura, Sugimoto, Sakai, Usami, Saito, Ando

Facebook Comments
Close