Berbaris Tujuh Jam Kerana Burger

MANILA – Lebih 1,500 penduduk di bandar Manila sanggup beratur panjang bagi menikmati hidangan burger setinggi lima inci pada harga istimewa di Zark’s Burgers, terletak di bandar La Salle, Manila, Filipina sempena ‘Jawbreaker Day’.

Burger setinggi lima inci itu mengandungi tiga lapis daging, sos keju sayuran dan sos yang dicipta sendiri oleh syarikat berkenaan.

Tujuh jam berbaris beli burger

Pemiliknya, Zark berkata, pada hari biasa burger itu dijual pada harga 250 peso (RM19), namun sempena ‘Jawbreaker Day’ burger berkenaan dijual pada harga 150 peso (RM11).

Menurutnya, sebahagian pelanggan sanggup beratur selama tujuh jam untuk mendapatkan burger berkenaan.

“Kami membuat perubahan dengan mengadakan ‘Jawbreaker Day’ setiap minggu berbanding sebulan sekali sebelum ini. Mereka yang inginkan burger ini perlu membeli kupon tiket sebagai tempahan awal,” katanya.

Beliau berkata, ‘Jawbreaker Day’ juga menganjurkan pertandingan menikmati burger, kentang goreng dan teh ais terpantas secara percuma.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close