Bapa Tembak Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

WORCESTER, Massachusetts – Seorang lelaki yang baru-baru ini berpisah daripada isterinya, menembak dua anaknya, menyebabkan anak perempuan berusia tujuh terbunuh manakala seorang lagi kritikal.

Lelaki itu kemudian membunuh diri, kata pihak berkuasa kelmarin.

Bapa tembak dua anak, kemudian bunuh diri

Seorang anggota keluarga memanggil polis lewat malam kelmarin selepas menemui mayat Daryl Benway, yang berusia 41 tahun dan anaknya Abigail, di bilik tidur utama di rumah dua tingkat mereka di Oxford dekat sini, kata Peguam Worcester, Joseph Early Jr.

Anak lelakinya, Benway, 9, ditemui di dapur dengan kecederaan di bahagian kepala dan dibawa ke Pusat Perubatan Kanak-kanak UMass Memorial untuk rawatan.

Semalam, jurucakap Early berkata, keadaannya kritikal tetapi tidak memberi maklumat lanjut.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close