Bantahan Membenar Pelajar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dikaji semula kerana dibimbangi akan mengundang kepada masalah sosial yang lebih serius.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Shamsul Bahar Abd Rani berkata, kaedah terbaik perlu dicari untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin sewaktu berada di sekolah.

Bantah pelajar bawa telefon bimbit ke sekolah

“Membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik yang boleh menjamin keselamatan .

“Sebaliknya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu pada, guru dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan masing-masing berhubung isu ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Shaharol Niza Omar berkata, walaupun tanpa telefon bimbit dan gajet seperti iPad, masalah disiplin pelajar adalah tidak terkawal pada masa kini, apatah lagi jika cadangan itu dibenarkan.

Menurutnya, adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, mengumumkan bahawa pelajar sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah.

“Kita tidak menafikan bahawa telefon bimbit adalah keperluan tetapi di kalangan pelajar tetapi penggunaannya pada tahap minima.

“Sekiranya masalah menghubungi keluarga dijadikan alasan sewaktu kecemasan, ia tidak logik kerana masih ada pilihan telefon awam atau telefon sekolah,” katanya.

Shaharol Niza berkata, terdapat beberapa perkara yang membimbangkan antaranya dikhuatiri boleh menjejaskan tumpuan pelajar sewaktu dalam kelas dan masa senggang untuk mengulang kaji pelajaran akan digunakan untuk ‘bersosial’ bersama rakan menerusi telefon bimbit.

“Malah, kecanggihan teknologi juga dibimbangi akan membolehkan pelajar mengakses laman yang tidak sewajarnya, jika tiada pemantauan rapi dibuat.

“Beberapa lagi kemungkinan yang timbul ialah berlaku peningkatan kes kecurian di sekolah, sikap menunjuk-nunjuk dan berlumba memiliki telefon bimbit paling canggih, selain membebankan ibu bapa dan waris,” katanya.

Menurutnya, kementerian seharusnya bersikap realistik sebelum memutuskan cadangan itu kerana kewujudan makmal komputer dengan pemantauan guru sudah memadai .

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • wajarkah pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah (15)
Close