Ariel Peterpan Bakal Akhiri Hukuman Penjara 3 Minggu Lagi

Pendedahan sebuah Video Seks yang melibatkan pasangan kekasih Ariel dari Kumpulan Peterpan dan Luna Maya tidak mudah dilupakan masyarakat yang meminati kedua-dua artis dari Indonesia ini.

Malah ianya telah menyebabkan runtuhnya kerjaya Ariel Peterpan yang menerima hukuman penjara selama 3 tahun 6 bulan gara-gara video tersebut. Sebaliknya populariti Luna Maya terus melonjak naik.

Ariel Peterpan

Tidak dinafikan Ariel Peterpan mempunyai peminat yang ramai bukan sahaja dari Indonesia, malah juga di Malaysia. Pengaruh besar Ariel di Negara ini dapat dilihat menerusi beberapa siri konsert Kumpulan Band tersebut dihadiri ribuan penonton.

Berita ini mungkin bakal menjadi episod baru buat Ariel yang dilaporkan bakal keluar dari penjara dalam tempoh 3 minggu lagi. Berita ini juga bakal disambut dengan kegembiraan buat peminat-peminat yang merindui akan nyanyian Ariel setelah sekian lama tidak muncul di pentas.

Adakah itu respons yang berlaku? Adakah aura Penyanyi ini masih kekal dalam Industri Indonesia apatah lagi Malaysia?

– KLpos

Facebook Comments

Comments are closed.

Close