Wanita Maut Termakan Cendawan Beracun

Seorang wanita yang dilaporkan mengunjungi Australia dari China maut selepas memakan cendawan beracun dan menjadi korban ketiga insiden sama di negara itu, tahun ini.

Wanita berkenaan yang berusia 50-an mati di Hospital Austin di Melbourne, dua hari selepas dirawat akibat keracunan makanan. Mangsa menyangka tumbuhan itu sama seperti cendawan butang yang popular di Asia.

cendawan beracun

Gambar hiasan carian Google

Doktor di hospital itu berkata, mangsa jatuh sakit selepas memakan makanan yang mengandungi cendawan itu. Dia adalah mangsa ketiga yang mati di negara itu akibat memakan tumbuhan bertoksik berkenaan selepas seorang tukang masak Cina dan pembantunya mati Januari lalu selepas memakan cendawan sama.

– AFP

Facebook Comments
Close