USM Cipta Mi Serbuk Cili Turun Berat Badan

Masalah obesiti atau kegemukan dalam kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan seorang daripada lima kanak-kanak mempunyai lebihan berat badan atau obes.

Masalah itu tidak terkecuali di negara kita apabila semakin ramai kanak-kanak ‘dibiar’ obes tidak prihatin soal pemakanan sehingga menghidap pelbagai penyakit serius seperti kencing manis dan sakit jantung pada usia muda.

serbuk cili turun berat badan

Sehubungan itu, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan mi berlapis serbuk cili lebih berkhasiat dan mampu menurunkan berat badan dan menahan lapar untuk satu tempoh yang lama.

Ketua Penyelidik dan Timbalan Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Profesor Azhar Mat Easa berkata produknya yang dipanggil mi berlapis itu diperkaya dengan zat kapsaicin untuk membolehkan proses pembakaran lemak berjalan secara efektif.

“Disebabkan kapsaicin adalah zat pedas aktif yang terkandung dalam tumbuhan seperti cili dan tidak ramai orang boleh mengambilnya begitu sahaja dalam kuantiti banyak,” katanya semalam.

Beliau berkata idea untuk menghasilkan mi dengan kapsaicin tercetus apabila beliau memikirkan keadah yang pratikal menggunakan produk makanan untuk menghantar kapsaicin ke dalam badan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close