Tragedi Peniaga Digilis Lori Balak

“Kelakuan arwah pada pagi ini (semalam) agak pelik kerana dia tidak henti-henti berulang alik dari rumah ke gerai buah-buahan miliknya tanpa sebab yang munasabah.

“Namun saya tidak menyangka itu adalah kali terakhir saya menatap wajah arwah yang sudah pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya,” luah Yoon Mohd Saba, 65, isteri kepada Idris Othman, 58, yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori muatan balak di Jalan Panglima Bukit Gantang, semalam.

digilis lori balak

Menurut Yoon, pada kebiasaan, suaminya hanya akan pulang pada waktu petang selepas habis berniaga buahbuahan berhampiran rumah mereka, namun semalam, dia tidak semena-mena kerap pulang ke rumah beberapa kali.

Katanya, selepas suaminya menamatkan perkhidmatan sebagai Pekerja Am Rendah di Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh suaminya membuka gerai menjual buah-buahan berhampiran rumah mereka di Kampung Seri Murni, Pasir Putih di sini.

“Saya hanya mendapat maklumat mengenai kemalangan tersebut selepas seorang anggota polis datang ke rumah dan memberitahu mengenai berita sedih itu,” katanya yang segera menghubungi anaknya dan bergegas ke Jabatan orensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Jenazah Idris dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Seri Murni, Pasir Putih dan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih selepas solat Asar semalam.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superitendan Wan Sharudddin Wan Omar berkata, dalam kejadian jam 12.38 tengah hari itu, mangsa yang menunggang seorang diri dipercayai cuba untuk memotong lori tersebut yang datang dari arah sama di Jalan Panglima Bukit Gantang. Menurutnya, motosikal yang ditunggangi mangsa bergesel dengan lori berkenaan sehingga menyebabkan ia melanggar tembok penghadang jalan.

“Akibatnya, mangsa telah terpelanting dan di gilis lori berkenaan,” katanya. Katanya, mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan mayatnya di bawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk ibedah siasat. “Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan percakapan pemandu lori berusia 45 tahun juga dibuat,” katanya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close