Terbunuh Kapal Terbang Buatan Sendiri Terhempas

WILAYAH MORGAN (Colorado): Seorang lelaki Colorado berusia 65 tahun terbunuh dan anak perempuannya cedera parah selepas pesawat buatan sendiri yang diterbangkan mereka terhempas di landasan berumput.

Menurut 9News, Richard M Tackabury dari Wiggins di wilayah Morgan membawa pesawat enjin berkembar Air Cam miliknya untuk penerbangan ketiga bersama anak perempuannya, Laura Jean Tackabury, 42, pada Isnin lalu.

terbunuh kapal terbang buatan sendiri terhempas

Namun, dia hilang kawalan ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Fort Morgan dan ia terhempas di landasan berumput.

Tackabury maut serta-merta dan anak perempuannya dirawat ditempat kejadian oleh petugas paramedik dan anggota bomba Jabatan Bomba Fort Morgan sebelum diterbangkan ke Pusat Perubatan Colorado Utara di Greeley.

Dia kini dalam keadaan stabil di hospital itu.

Tackabury, seorang juruterbang berpengalaman membina pesawat Lockwood itu Disember lalu.

Saksi melihat pesawat itu cuba mendarat di landasan berumput selari dengan laluan Highway 52 dan berkata, juruterbangnya hilang kawalan. – DM

Facebook Comments

Comments are closed.

Close