Tapak Kaki Hancur Terkena Mesin Pemotong Kayu

“Saya hanya mampu menjerit sambil menahan kesakitan, ada rakan lari kerana terkejut dan takut melihat darah, ada juga membantu membalut kaki yang cedera untuk menghentikan pendarahan.”

Demikian kata Mohd Shaari Muda, 30, ketika menceritakan detik mencemaskan setelah kaki kanannya terkena bilah mesin pemotong kayu di sebuah kilang kayu getah di During Guling, di sini.

tapak kaki hancur kena mesin

Dalam kejadian itu, tapak kaki kanan anak bongsu daripada lima beradik hancur.

Dalam kejadian 29 Mei lalu, kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa yang sudah 18 bulan bekerja di kilang kayu getah berkenaan bertindak menggunakan kaki kanannya untuk menekan brek yang terletak di bahagian tepi mesin pemotong kayu berkenaan.

“Saya ketika itu ingin cepat menghabiskan kerja kerana perlu keluar untuk menjemput anak saudara pulang dari sekolah, saya menukar kasut yang dipakai dengan selipar sebelum ke tempat mesin pemotong kayu itu untuk menghentikan suisnya.

“Tanpa berfikir panjang, saya segera menekan brek dengan menggunakan kaki kerana fikir ia lebih cepat namun kaki saya tergelincir lalu termasuk ke dalam mesin yang sedang berputar sebelum saya tersembam ke lantai,” katanya.

Dia menceritakan kejadian itu ketika menerima kunjungan isteri Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad iaitu Toh Puan Rosnani Ngah ke rumah keluarga Mohd Shaari di Durian Guling di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Durian Guling, Mat Ariffin Abdullah dan setiausahanya, Ramli Mohamad.

Ketika kunjungan, Shaari baru pulang ke rumah keluarganya selepas hampir dua minggu berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Dia kehilangan banyak darah dalam kejadian itu dan terpaksa menggunakan kain untuk menghentikan pendarahan.

“Selain kehilangan tapak kaki, tulang anak jari kaki kanannya yang patah akibat terkena mesin pemotong kayu itu terpaksa disambung semula dengan menggunakan besi penyokong agar jari yang patah dapat dipulihkan,” katanya

Facebook Comments

Comments are closed.

Close