Shebby Singh Dilantik Menjadi Pengarah Bola Blackburn

BEKAS pemain pertahanan negara, Serbegeth Singh dilantik sebagai pengarah bola sepak Blackburn Rovers.

Laporan Daily Mail UK berkata, pemilik Blackburn yang berasal dari India, Venky telah mengesahkan Serbegeth, yang turut dikenali sebagai Shebby, diberikan tanggungjawab itu.

Shebby Singh dilantik pengarah bola Blackburn

Salah satu tugas Shebby kelak ialah bertindak sebagai orang tengah untuk Venky dan Steve Kean, walaupun masa depan pengurus itu masih tidak menentu selepas tersingkir dari Liga Perdana Inggeris.

Shebby tidak pernah surut idea untuk memberikan komen dan itu yang membuatkan beliau cemerlang untuk Liga Perdana ketika bertindak ebagai pengulas bola sepak televisyen di Asia.

Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia dari 1978 hingga 1996.

Shebby juga merupakan kapten pasukan Kuala Lumpur dan membantu pasukan berkenaan menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close