Remaja & Sepupu Kelar Leher Ibu

Seorang juvana berusia 17 tahun dan sepupunya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan cuba membunuh ibu kandungnya dengan mengelar leher mangsa ketika berlaku perselisihan faham antara mereka di depan Pasar Gemencheh, di sini, minggu lalu.

Pada prosiding di depan Hakim Azura Alwi itu, juvana terbabit yang juga tertuduh kedua dan sepupunya, Nor Haslinda Mohd Yunus, 26, tertuduh pertama, masing-masing berbaju lokap ungu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

kelar leher ibu

Mereka didakwa mengkelar leher Azizah Isa, 50, ibu saudara Haslinda dan ibu kepada juvana terbabit yang juga pembantu am sekolah rendah menggunakan pisau. dengan niat atau mengetahui perbuatan itu menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di depan Pasar Gemencheh, Tampin, pada jam 5.15 petang, 11 Jun lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Azura tidak membenarkan tertuduh dijamin dan kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Julai depan bagi membolehkan pendakwa raya mengemukakan laporan kimia. Beliau juga memerintahkan remaja itu ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereng, Melaka sementara menunggu kes dibicarakan. Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dengan alasan mereka mempunyai ikatan kekeluargaan dengan mangsa.

Katanya, pihak pendakwaan khuatir sekiranya dijamin, tertuduh boleh mengacau ganggu mangsa yang juga saksi utama pendakwaan sehingga boleh menjejaskan kes pendakwaan.

Mohd Radzlan Jalaludin yang mewakili Nor Haslinda bagaimanapun memohon supaya jaminan dibenarkan dan berjanji kepada mahkamah untuk memastikan anak guamnya tidak menghampiri mangsa.

Katanya, mahkamah boleh memberi syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, suasana di galeri awam yang padat dengan orang ramai yang mengikuti prosiding kes itu bertukar sayu apabila keluarga kedua-dua tertuduh menitiskan air mata sebaik jurubahasa selesai membaca pertuduhan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close