Pelajar Maut Kereta Rempuh Pokok

Seorang pelajar maut selepas kereta yang dipandunya terbabas melanggar besi pengadang jalan sebelum berpusing dan merempuh sebatang pokok di Kilometer 5, Jalan Kuantan Gambang, di sini, pagi kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa Muhammad Akmal Abdul Rahim, 19, dari Taman Seriku, Batu 12, Jalan Gambang mengalami kecederaan parah di dada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pelajar maut kereta rempuh pokok

Gambar hiasan

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Gambang.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar besi pengadang jalan.

“Akibat rempuhan itu, kereta mangsa berpusing beberapa kali dan tersasar ke kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok di situ,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohamed Fauzi berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga untuk dikebumikan.

Menurutnya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close