Misteri Lelaki Hilang Enam Bulan | Rangka Ditemui Dalam Perigi

Misteri kehilangan seorang lelaki lebih enam bulan lalu terjawab apabila rangkanya ditemui dalam sebuah perigi, di sini.

Mangsa, Gan Kong Hwa, 61, ditemui dalam perigi sedalam enam meter di Tokong Lan Nam Xuen, Kampung Pondok Batang kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

rangka dalam perigi

Sebelum ini, mangsa yang bekerja sebagai penjaga tokong terbabit dilaporkan hilang sejak 23 Disember lalu.

Seorang saksi, Lee Tat Kong, 52, berkata, selepas puas mencari, dia bersama ahli keluarga mangsa membuat laporan polis pada 12 Januari lalu.

“Kita cari tapi tak jumpa, tetapi kelmarin (Rabu) dalam jam 3 petang, ada anjing menyalak di perigi yang tidak digunakan lagi.

“Saya pergi lihat dan terjumpa seluar, telefon dan kasut milik mangsa.

Pagi ini (semalam) saya buat laporan polis dan terkejut hanya rangka ditemui dalam perigi berkenaan ” katanya.

Menurutnya, mungkin mangsa tergelincir dan tidak ditemui berikutan perigi terbiar itu dipenuhi semak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Shahidi Abdullah mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Unit Pasukan Penyelam Negeri, Arshad Mail berkata, seramai 20 anggota bomba dan penyelamat unit itu termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Jasin meng ambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan rangka terbabit.

“Kita memulakan dengan mengepam air dan operasi mengeluarkan dilakukan pada jam 12.30 tengah hari.

“Kita menjumpai tengkorak kepala, paha, tulang kaki, selangka termasuk beberapa bahagian belakang badan,” katanya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close