Lelaki Maut Ditembak Depan Sekolah

Seorang lelaki yang sedang menunggu dalam kereta ketika isteri menghantar anaknya ke sekolah maut selepas ditembak dari jarak dekat sebanyak dua kali di rusuk kanannya dalam kejadian di pekarangan sekolah berkenaan, di Taman Sungai Besi Indah, di sini, awal pagi semalam.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai peniaga kedai runcit, 32, disahkan meninggal dunia selepas lebih sejam menerima rawatan di Hospital Serdang, (HS) akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, kejadian pada jam 7.30 pagi itu berlaku ketika mangsa bersama isteri menghantar anak sulung lelakinya berusia lapan tahun ke sekolah berkenaan.

Ditembak depan sekolah

“Ketika isteri mangsa membawa anak mereka masuk ke kawasan kelas, dua lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC berwarna merah tiba-tiba muncul dan mendekati kereta dinaiki mangsa sebelum melepaskan dua das tembakan.

“Sebaik pasti mengenai sasaran, lelaki terbabit terus memecut motosikalnya menghala ke Jalan Sungai Besi.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close