Koperal Mustaghni Tabri | Mangsa Rempuh & Pukul Mat Rempit Meninggal Dunia

Anggota polis trafik, Koperal Mustaghni Tabri yang cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira, di sini, meninggal dunia, Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, yang mengesahkan perkara itu dalam satu sidang akhbar, berkata Mustaghni, 48, meninggal dunia pukul 11.45 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Koperal Mustaghni Tabri

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi Ahad lepas, Mustaghni yang sedang bertugas dalam operasi mencegah lumba haram, dirempuh serta dilibas dengan topi keledar oleh pembonceng motosikal terbabit menyebabkan beliau cedera di bahagian belakang kepala akibat hentakan kuat.

– BERNAMA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close