Keputusan Terkini Persahabatan Malaysia vs Filipina 1 Jun 2012

JURULATIH pasukan kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menyarankan anak buahnya agar bermain dengan baik dan memenangi perlawanan persahabatan menentang Filipina di Stadium Shah Alam, esok (hari ini).

“Apa yang bermain di fikiran saya sekarang ini ialah untuk pasukan saya bermain dengan baik dan menang malam esok.

“Kami sudah merangka perancangan dan saya sudah mengkaji kelemahan Filipina,” jelas beliau kepada pemberita di Wisma FAM disini.

“Saya sudah mengkaji permainan mereka dan mempunyai ramuan terbaik berdasarkan pengalaman pernah beraksi menentang mereka pada bulan Febuari lalu di Manila,” katanya lagi.

“Saya berharap pemain-pemain ini bebas dari kecederaan ketika menentang Filipina memandangkan kita masih memiliki dua perlawanan persahabatan menentang Singapura pada Jun ini.

Jangan lupa untuk saksikan perlawanan diantara Malaysia vs Filipina ini secara langsung di Astro Arena 801 bermula 8:30 malam.

Siaran tertunda di TV1 pula akan ditayangkan bermula pukul 11:30 malam.

Untuk menonton secara live streaming, sila klik link di bawah-

LINK 1

Jangan lupa untuk kembali ke blog ini lagi untuk mengikuti keputusan perlawanan ini dari masa ke semasa.

MALAYSIA 0 – 0 FILIPINA

(tamat perlawanan)

Facebook Comments

Comments are closed.

Close