Gambar Kaki Wanita Tersepit Di Platform MRT

Pada 1 Jun lalu, antara jam 5.15 dan 5.30 petang, perkhidmatan kereta api di stesen Bugis MRT terhenti buat seketika apabila kaki seorang wanita tersepit di celah antara gerabak dengan platform.

Baru-baru ini, seorang pembaca menghantar gambar ke laman web berita Stomp, menunjukkan seorang wanita menangis sementara sekurang-kurangnya tiga penumpang lain membantu menarik kakinya.
Pembaca itu, Manjande berkata, dia baru turun ke stesen apabila mendengar beberapa orang menjerit.

kaki tersepit di platform MRT

Ingin tahu apa yang berlaku, dia berpatah balik dan melihat kaki wanita tersepit di celah antara gerabak dan platform.

“Saya menyuruh penumpang lain di dalam gerabak menekan butang kecemasan,” katanya.

Katanya lagi, “Saya meminta wanita itu bertenang kerana dia menangis”.

– ST

Facebook Comments

Comments are closed.

Close