EURO 2012 | Rusia Dihukum Potong Enam Mata Pada Euro 2016

RUSIA dikenakan hukuman dipotong enam mata oleh badan bola sepak Eropah, Uefa ekoran tindakan ganas peminatnya ketika perlawanan menentang Republik Czech, Jumaat lalu.

Hukuman ini dikenakan terhadap tindakan peminatnya melepaskan bunga api dan membawa kain-kain rentang sayap kanan termasuk kain rentang raksasa yang tertera mesej “This is Russia”.

Rusia dihukum 'hilang enam mata'

Dalam serangan penyokong Rusia ke atas pengelola, empat orang sedang dirawat di hospital. Kes itu turut disiasat oleh Uefa dan polis.

“Badan Kawalan dan Disiplin Uefa hari ini memutuskan untuk mengenakan pemotongan enam mata ke atas Kesatuan Bola Sepak Rusia dalam pusingan kelayakan kejohanan (Euro) akan datang.

“Keputusan digantung melibatkan sepanjang satu tempoh penilaian bermula sekarang hingga peringkat akhir perlawanan ‘play-off’ kejohanan Euro 2016,” kata kenyataan Uefa semalam.

Hukuman dipotong enam mata itu akan dikuatkuasakan ketika kempen pusingan kelayakan Euro 2016. Pasukan Rusia juga dikenakan denda £96,000 (120,000 euro).

Rusia, yang menganjurkan kejohanan Piala Dunia 2018 kemungkinan akan berhadapan dengan sekatan susulan ekoran tindakan penyokongnya terlibat dalam keganasan sebelum pertemuan negara itu dan pasukan tuan rumah Poand kelmarin.

Kedua-dua Rusia dan Poland seri 1-1. Polis Poland telah menahan lebih 120 orang manakala 10 orang cedera.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close