DAP Cawangan Taman Segambut Desak JPJ Tentang WWW 15

DAP Cawangan Taman Segambut mendesak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan memberikan maklum balas berhubung nombor pendaftaran WWW 15 milik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Leow Tiong Lai yang didakwa diberikan secara percuma.

Pengerusi Cawanganya, Hoo Keh Yew berkata, menteri itu melalui kenyataan di sebuah akhbar pernah mendakwa bahawa nombor pendaftaran itu diberikan secara percuma kepadanya. “Banyak kekeliruan timbul, tapi bila kami datang sendiri ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan hari ini (semalam), jelas pada papan tanda besar itu terdapat nama menteri itu bersama nilai deposit tender yang dibayar,” katanya pada sidang media semalam.

plat www15 diberi percuma

Menurut Keh Yew, menteri itu sebelum dilihat memberi kenyataan tidak konsisten di media berhubung pembelian nombor pendaftaran WWW 15 bernilai RM24,200 untuk kenderaan rasminya. “Jika benar nombor itu percuma, siapa yang mohon harga tender RM24,200 itu dikecualikan dan sekiranya dibayar siapakah yang telah membayar deposit,” katanya.

Katanya lagi, satu surat rasmi diberikan kepada JPJ Wilayah Persekutuan semalam dan diberi tempoh selama 48 jam untuk menjawab soalan yang dikemukakan dan jika gagal laporan akan dibuat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Facebook Comments

Comments are closed.

Close