Cuba Rasuah Anggota Keselamatan Supaya Tak Dicekup

Tawaran sebanyak RM250 tidak berjaya memujuk anggota Biro Keselamatan Apartmen Idaman membebaskan seorang lelaki warga Bangladesh kerana disyaki berkhalwat dengan teman wanitanya di rumah yang disewanya.

Helah warga asing itu mahu melepaskan diri dengan cara salah menyebabkan anggota biro keselamatan bertugas naik berang dan mengingatkannya agar tidak mengulangi perbuatannya itu.

rasuah penguatkuasa

Siasatan mendapati pasangan beragama Islam itu masing-masing bekerja kilang dan pelayan di warung bersekedudukan sejak beberapa bulan lalu.

Setiausaha Persatuan Penduduk Apartmen Idaman, Ikhsan Mohd Din berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk yang kurang senang dengan pasangan itu yang dilihat tinggal serumah dan menunjukkan contoh tidak baik.

“Kita nasihatkan mereka supaya jangan ulangi perbuatan itu kerana ia mengganggu sensitiviti masyarakat Islam di kawasan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam operasi awal pagi kelmarin itu yang diketuai Ketua Biro Keselamatan, Azmi Ardi turut mengesan tiga remaja lelaki dan dua remaja perempuan berusia 19 hingga 22 yang memberi alasan menyewa bilik dan tinggal serumah.

Turut ditahan tiga pasangan remaja yang berdua-duaan di kawasan sekitar apartmen berkenaan.

Ke semua remaja yang ditahan dibebas selepas butiran diri diambil malah ibu bapa mereka turut dimaklumkan tentang kejadian.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close